Wednesday 5 March 2014

move on!


Terkadang

Memang susah nak ‘move on’

Memang susah nak lupakan.

Memang susah nak lepaskan.

Namun terkadang

Kehilangan itu satu hikmah

Kenapa?

Kerana bila kita kehilangan

Secara automatic kita akan kembali kepada Dia

Secara automatic kita akan dekat dengan Dia.

Kerana kehilangan itu mengajar kita erti sebenar-benar cinta

Cinta Allah

Cinta hakiki

Tidak akan pernah kecewa.

Tidak akan pernah merasa tidak bernyawa.

Hidup mesti diteruskan,sayang.

Manusia datang dan pergi.

Mungkin yang pergi itu seseorang yang kamu suka

Mungkin yang datang kelak seseorang yang menyayangi kamu

Hingga ke syurga.

Lepaskan dia pergi.

Lepaskan.

Allah ada.

Allah ada

Cintailah Dia.

Kembalilah kepada Pencipta.

Sebelum kita dijemput pulang.

Letakkan Allah di hati.

Dan Allah akan datangkan sekeping hati yang mencintaimu kerana Allah.

Allahumma aaminn.

Mari mencari cinta yang hakiki.

credit : https://www.facebook.com/ellya.shafiqa

No comments:

Post a Comment